Pages

adsen auto

Dec 14, 2013

Kelebihan PREVE, menggunakan Enjin turbo

Kelebihan PREVE Preve menggunakan Enjin turbo
Kelebihan PREVE Preve menggunakan Enjin turbo
Kelebihan PREVE,  Preve menggunakan Enjin turbo. Banyak kelebihan preve, sebab tu proton kata harga tak nak turun. Bernama melaporkan Proton Edar Sdn Bhd tidak bercadang menurunkan harga jualan Proton Preve sewenang-wenangnya semata-mata untuk bersaing dengan harga jualan Honda Jazz.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Hisham Othman berkata Proton Edar yakin Preve di pasaran sekarang mempunyai nilai wang tersendiri bagi pembeli dan pengguna Preve.
   
"Proton Preve
mempunyai nilai yang baik memandangkan Preve menggunakan enjin 1.6 "turbo", dengan prestasi kereta yang menggunakan enjin turbo hampir menyamai  kereta 2000cc," katanya kepada Bernama dalam perbualan telefon hari ini.

Hisham berkata Proton Preve mempunyai banyak kelebihan berbanding kereta berjenama yang lebih hebat dan harga yang lebih mahal, yang berada di pasaran.

"Preve mempunyai kelebihan tersendiri. Malah, Preve memiliki ciri-ciri keselamatan yang tidak ada pada kereta lain, seperti Kawalan Kestabilan Elektronik.

"Ciri keselamatan tersebut hanya ada pada kereta-kereta mewah seperti BMW dan Mercedes, namun yang menakjubkan, Preve, sebuah kereta nasional, dilengkapi ciri keselamatan canggih yang setaraf dengan kereta-kereta mewah antarabangsa," katanya.

Beliau juga mendakwa terdapat sesetengah kereta mewah dalam pasaran Malaysiatidak dilengkapi ciri-ciri keselamatan memandangkan pengguna di negara ini masih membeli kereta berdasarkan jenama tanpa memikirkan ciri-ciri keselamatan yang ada pada kereta tersebut.

Hisham turut menyimpulkan bahawa Preve mempunyai tahap perlindungan yang sangat bagus berbanding kereta lain yang hampir sama dengannya.

"Preve boleh memberi nilai wang kepada pembeli, sangat selamat, prestasi yang lebih baik berbanding kereta lain, malah Preve mempunyai pemanduan kanan Lotus, yang dibangunkan oleh Lotus di London," katanya.

Baru-baru ini Honda memperkenal model CKD Honda Jazz Petrol pada harga atas jalan, termasuk insurans sebanyak RM74,800, dengan bayaran bulanan serendah RM755, berdasarkan unjuran 90 peratus pinjaman.

Harga di atas jalan Preve ialah sekitar RM73,000.   - Bernama

ujian dyno ke atas PROTON Preve 1.6L CF

ujian dyno ke atas PROTON Preve 1.6L CFe, enjin turbo preve, kelebihan proton preve

Ujian Dyno PROTON Preve 1.6L CFE

berikut adalah laporan ujian dyno ke atas PROTON Preve 1.6L CFE yang dipetik dari laman FB RS Dynotune ( http://www.facebook.com/rsdynotune).

specs iklan PROTON Preve 1.6L CFE ialah 138hp & 205Nm
==========
Here is it Power and Torque graph for the latest Proton Preve 1.6CFE turbo engine courtesy of Proton Edar from Seri Kembangan (012-3338621).
It is more power and torque than what Proton claims.
Full power is not available at lower gears resulting in massive turbo lag. We suspect this is done to prolong the life of the CVT transmission. Stock fuel tuning is very lean thru out the whole operating range at 14.7:1 AFR and causes engine knock before and after turbo boost kicks in. At this air fuel ratio, especially at high RPM and high load, the engine will run very hot.

For reference, a fully stock Proton Satria Neo 1.6 makes 112hp on our dyno, not far from what is claimed. So this high figures are real and not as a result of our dyno reading high.
The other good news is that this car now supports OBD2 universal protocol which means you can connect a cheap bluetooth OBD2 adapter and run app such as TORQUE on your android phone to read ecu data such as RPM, boost, temperature, ignition timing etc.

No comments:

Post a Comment