Pages

adsen auto

Dec 14, 2013

MENARIK JUGA KOMEN KELEBIHAN PROTON PREVE

KELEBIHAN PROTON PREVE
MENARIK JUGA KOMEN KELEBIHAN PROTON PREVE, hingga memaksa saya copy dan letak di sini, ini komen dari sebahagian rakyat Malaysia tentang kereta preve. kereta proton lain, moga isu yang di bangkit ia memberi manafaat pada kita, dan pihak proton harus peka dengan  komen ikhlas rakyat malaysia.

Blizt Honda said...

    Masing-masing wajar memberikan idea masing-masing. Pa sayalah kan, saya lebih suka Honda City berbanding Proton Preve. Kerana lebih berkualiti.
    17 June 2013 12:31

waimantakwa said...
    Adakah anda tahu bahawa enjin CFE Preve lebih baik berbanding City dari segi tork dan power?
    17 June 2013 12:32

Honda Freak said...

   
Honda City saya berupaya mencapai kelajuan 180km sejam berbanding saya memandu uji Preve hanya 140km sejam.
    17 June 2013 12:33

waimantakwa said...

    Sya cuba menilai secara adil. Jika dilihat walaupun Preve mempunyai lampu belakang yang tinggi, namun Honda City mempunyai kadar pencahayaan yang lebih tinggi pada waktu malam. Malah Honda City menggunakan ruang dan pembahagian ruang dengan sangat kemas dan tepat, berbanding bahagian bawah Preve yang dilihat agak kosong (namun boleh diletak aksesori atau lampu custom pada masa akan datang). Tak perlu bash mana-mana pihak. Kita buat pengadilan secara adil untuk semua orang.
    17 June 2013 12:39

enjin turbo preve
Anonymous said...

    Enjin Preve menggunakan turbo. Maka mana-mana enjin bila dipasang turbo akan meningkat kadar kuasa. Dari segi handling pula, Proton sanggup membeli entiti Lotus semata-mata aspek handling. Namun Lotus pakar dalam suspensi untuk kereta lumba sahaja.
    24 June 2013 10:03

awie2427 said...
    kita tunggu penggunaan turbo preve ... untuk bebrapa tahun lagibaru kita dapat tahu ketahanan nya ............yg pasti enjin kereta buatan malaysia lebih bising berbanding dgn kereta buatan jepun ....
    28 July 2013 04:09

awie2427 said...

    kita tunggu penggunaan turbo preve ... untuk bebrapa tahun lagi baru kita dapat tahu ketahanan nya ............yg pasti enjin kereta buatan malaysia lebih bising berbanding dgn kereta buatan jepun ....
    28 July 2013 04:12

waiman takwa said...
    Preve sekarang telah pun menggunakan teknologi turbo, cuma belum tahu ketahanannya.. Kalaulah proton dapat beri warranty 5 tahun unlimited mileage kan bagus, tak lah orang ramai risau nak beli Proton..

    Bising tu kebanyakkannya berpunca dari rekabentuk kipas besar yang terdapat pada depan enjin. Mungkin jika R&D Proton buat research lebih mencari kipas yang senyap, saya yakin masalah ni dapat di atasi.
    28 July 2013 17:35

waiman takwa said...

    Sebenarnya bukan saja dari aspek handling, Proton juga ingin memiliki kepakaran pembuatan enjin.

    Menjual enjin sahaja sebenarnya adalah lebih mudah dari menjual keseluruhan kereta.

    Contohnya syarikat auto baru ingin mencari enjin untuk keretanya, syarikat tersebut boleh beli enjin sahaja dari Proton. Sebab tu kita tengok sekarang ni Proton giat menghasilkan enjin sendiri.

    Saya cuma kasihan rakyat Malaysia menjadi penguji untuk enjin-enjin Proton ini. Sebagai menghargai rakyat Malaysia, Proton perlu memanjangkan warranty kepada 7 atau 9 tahun unlimited mileage khas untuk rakyat Malaysia.
    28 July 2013 17:40

waiman takwa said...

    Kualiti sesebuah kereta bukan diuji pada kelajuan sahaja.. Kelebihan kelajuan bergantung kepada teknologi gear box nya, bukan enjin semata-mata..

    Harap Proton dapat bangunkan teknologi gear juga. Jual gear pun untung apa hehehe :)
    28 July 2013 17:45

Anonymous said...

    FLX cvt banyak masalah, preve enjin bocor.. apa nak jadi ni??
    10 August 2013 16:11

waiman takwa said...

    Bukan semua kereta tu bermasalah.. Satu dua je. Apa susah, pergi service center warranty masih ada lagi.. Takkanlah kesemua kereta macam tu, tak logik lah..
    11 August 2013 22:16

Anonymous said...
    Adakah kereta vios lebih baik berbanding Suprima?
    24 August 2013 19:07

waiman takwa said...
    Proton Suprima S menggunakan Turbo, manakala Vios tidak menggunakan Turbo. Maka dari segi prestasi enjin Proton Suprima S lebih baik. Jika risau mengenai ketahanan, sila rujuk warranty pengilang.
    26 August 2013 10:58

    Jangan mempercayai khabar angin yang mengatakan Proton Preve ada banyak masalah. Dalam ceramah Integriti mengatakan bahawa kata-kata ahli politik paling tidak boleh dipercayai. Maklumlah ahli politik ni jika nampak yang baik pun diputar belitnya jadi tak baik. Yakinilah selagi ada warranty, tidak perlu risau ketahanan Proton Preve dan Proton Suprima S Turbo.
    8 September 2013 00:17

    Apa bila sesuatu enjin dipasang, erm dengan gasket dan silikon ia memerlukan daya tekanan dan tork tertentu. Setelah beberapa lama, tekanan dan tork pada gasket enjin hendaklah diupdate dan ditambah kerana silikon bertindak balas dengan haba. Apabila orang dan pihak service center tidak menambah tekanan pada nat enjin, itu yang menjadi masalah leaking. Dari segi ketahanan badan enjin tiada masalah. Ini adalah human error kerana mungkin pihak service center terlupa untuk membuat pemeriksaan gasket enjin. Mungkin juga silikon yang digunakan terlalu aktif, maka perlu tukar silikon yang lebih baik dan belum expired.
    16 September 2013 00:35

Ahmad Syauqi said...
    proton preve ada kerusi kulit tak?cadang tahun depan nak angkat preve satu
    22 September 2013 09:58

waimantakwa said...

    Istilah custom masih belum dilaksanakan oleh Proton walaupun telah lama cadangan ini disampaikan. Bukan sahaja kerusi kulit, malah jika nak pilih kerusi manual atau elektrik pun boleh sekiranya Proton melaksanakan custom semasa pembelian..
    23 September 2013 08:23

kakiblog said...

    satu pendedahan berani yang cukup bermanfaat kepada bakal pembeli..

    Entri terkini saya Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
    7 October 2013 02:13

waiman takwa said...

    Ada pro dan cron untuk menyeimbangkan entri ini.. Tidak bias mana-mana tapi saya cadangkan belilah barangan keluaran tempatan..
    7 October 2013 05:43

perubatan di luar negara said...

    Kebanyakan orang yang menggunakan preve atau suprima adalah dari orang yang pernah menggunakan kereta proton juga sebelumnya (tapi harga yang lebih murah) contoh proton Gen2 atau saga. Tapi rasanya belum ada yang kalau sebelumnya guna honda city atau toyota vios tiba2 tukar kepada preve... sebabnya ialah bila kita dah mula pakai kereta yang lebih baik kualitinya takkan nak tukar kepada yang kurang baik. Hanya pendapat melalui pengalaman saya sendiri...
    17 October 2013 17:40

Anonymous said...

    Part yang paling best beli proton yg tiada untuk pengguna kereta lain adalah
    beli kereta proton tak kira preve atau lain-lain model
    pembeli boleh sumpah seranah mekanik.salesman. hatta CEO proton kalu ada isu kecil dan besar...kereta lain susah sikit nak sumpah seranah ni...kereta model lain yg akan kena mekanik dan customer service je tp bila beli PROTON anda ada kelayakan untuk maki hamun dari jawatan tukang sapu smpah sampai CEO teratas sampai pengasas proton pun boleh dimaki hamun...haha bukankah itu satu kelebihan...tu belum ada posting internet habis semua keturunan pekerja dan penjual PROTON dimaki hamun.....sampai cadangan tutup kedaikan PROTON...

    BELI PROTON ada lesen maki hamun kalu ada masalah...bukahkah itu kelebihan membeli proton.....?

    SEBAB tu I LOVE PROTON VERY MUCH....KERETA lain ada tak ada.....itulah hebatnya PROTON BAIK PREVE atau pun exora ataupun SAGA savvy wira atau seangkatan dengannya...
    18 October 2013 11:20

Anonymous said...

    betul bro, kawan aku pakai toyota vios pun kekadang ada masalah gak tapi taklah dengar sangat maki hamun dan sumpah seranahnya. Kalau proton ni asal sikit je kesilapannya habis segala mak nenek kena maki. Orang Malaysia ni memang macam tu dan lebih malu lagi pada orang kita yang tah apa jati diri pun tak tahu sampai nak mengaku bangsa apa tak tahu
    18 October 2013 13:19

Mohd Fared said...

    aloo abang Honda Freak...Preve tahun biler awok drive tu..org bawak preve 220 kot standard keluar kedai
    10 November 2013 14:54

Anonymous said...
    Org yg banyak komplen tu baik pe kerja proton, kasi idea bagaimana boleh tingkatkan kualiti..Dan Proton perlu menerima kritikan sebagai panduan utk penambahbaikan..........
    10 November 2013 15:07

Anonymous said...

    Ketawakan toyota vios 2014 ni betul2 tiru design Proton Persona.. Cuma tambah skirting je hahaha
    19 November 2013 21:45

Anonymous said...

    hahaha agak2 la nk menipu.. 140 kelajuan keta kancil standard
    22 November 2013 13:49

Anonymous said...

    mmg lawak le abang Honda freak ni. Preve max 140 kmh je.... agak agak le kalau nak menipu pon... sah sah preve boleh sampai 200 kmh dengan pedal minyak masih boleh tekanlagi..
    27 November 2013 14:21

lelaki muda said...
    orang malaysia tapi xnk sokong kereta malaysia..kutuk2 la..cerita kelemahan la..dah tahu ciptaan manusia..orag yg bayk komen negatif tu..sempurna ke idea??sekurag2nya orag tu da brjaya cipta kereta..tapi kamu yg mengata buruk..ad ke da cipta ap2..bayang kereta control pon xnmpk di cipta kalau disuruh..aku guna preve ok je..tahun prtama keluaran..puas hati..asalkan pandai jga..service ikut msa yg d tetpkan..ok jer..xde rosak..xde masalh..
    5 December 2013 19:06

 sumber ; http://www.waimantakwa.info/2013/06/kelebihan-dan-kekurangan-proton-preve.html

3 comments:

  1. Sebagai rakyat Malaysia saya berbangga dgn Proton walaupun ada beberapa masalah tetapi blh diselesaikan...macamana sekali pun saya tetap dengan Proton.Bermula sy dpt kerja dapat gaji trus beli Satria 96 model takde wiper blkg 2nd hand pun janji elok dan sporty bg saya...masa keluar jadi gila jgk dgn satria ni sampai termimpi2...bila dh berkeluarga saya beli Wira SE thn 2006...rasa kemas 1st time beli koyak plastik..guna 4 thn Alhamdulillah gaji ada naik skt saya buat penambahan beli Exora..seronok ank nk masuk 4 bli siap2 MPV Exora ni manual..masa mohon kelayakan gaji blh dpt Exora manual je...Dah 3 tahun saya buat penambahan kereta ke-4 saya Saga FLX cvt...ada button SAT lg...1.3 je...blh cucuk honda city pun jdklah...lama sangat saya guna..ada la masalah jgk tp ckp omputeh can be solve...relax bahagia bersama kereta yang ada dan akhir skali saya beli PREVE turbo...Hah kereta kelima saya..luas dr member yg guna Honda FD...member yg guna Honda fd ni pun terkejut macamana Preve ni blh follow rapat dgn FD dia..so itulah kenangan...member saya yg guna honda Fd ni pun cakap Proton dah naik taraf walaupun ada yg mangata menghina tp jangan disangka PREVE CFE ni ibarat tebuan...nanti dia sengat baru lu org tau...Ok semua Syabas semua...dan Tahniah Proton...harap Proton blh upgred lagi masalah yg ada...buat lebih kemas lagi terbaik lagi bagi seluruh rakyat Malaysia suka bangga termasuk pengguna di luar negara..SYABAS PROTON MALAYSIA...R3 MALAYSIA...GOOD LUCK!!!

    ReplyDelete
  2. Proton preve kereta malaysia yg terbaik

    ReplyDelete
  3. Hello aq dah pakai preve cfe 6 tahun laju pon. Laju korang cakap tak pakai otak lah korang pakai kereta apa yg Best sgt tu preve cfe hp140 speed dia je bole 225 sye penah bawak Kalo. Nak. Lumba tau test jom. Kalah kereta kena rampas

    ReplyDelete