Makna Warna Asap Pada Kesihatan Kereta Anda, Warna asap pada sesabuah kenderaan akan memberi gambaran pada tahap enjin kereta anda. Tip di bawah akan membantu anda dianogsis enjin kereta anda samada elok atau ada masalah teknikall. Jangan pandai bawa kereta tapi tak erti bahasa isyarat enjin anda.
- Makna asap putih dan air mengalir waktu pagi, Maksudnya keadaan kesihatan enjin kereta anda masih elok. Petrol mempunyai unsur Karbon (C) dan Hidrogen (H), manakala dalam udara pula mempunyai unsur Oksigen (O). Jadi jika semua komponen dalaman enjin kedap, karburetor atau sistem EFI mendapat talaan campuran udara dan bahan api dengan nisbah 14.7:1, ia akan menghasilkan pembakaran yang sempurna. Jadi setelah petrol dan oksigen terbakar dengan sempurna dan bertindak balas, hasil pembakaran tersebut akan menjadi air (H20) setelah bercampur pula dengan udara sejuk sekeliling yang mempunyai lebih oksigen.
- Makna asap ekzos warna hitam gelap - maksudnya campuran petrol dalam kaburator tidak sempurna. Kena pergi segera periksa pada mekanik mahir bahagian talaan semula kaburator agar nisbah campuran petrol lebih sempurna
- Warna asap kelabu biru - maksudnya minyak enjin (minyak hitam enjin) bercampur bersama petrol dan kebuk pembakaran (omboh) enjin. Apa yang pasti, Top overhaul perlu dilakukan pada enjin anda untuk menggantikan valve seal yang bocor. Dan mungkin juga proses major overhaul perlu jika didapati gegelang omboh sudah tidak kedap lagi.
- Warna Asap putih yang berterusan - Jika asap putih ini berterus keluar dari ekzos, ini bermaksud air dari water jacket di sekeliling blok enjin anda sudah memasuki kebuk pembakaran. Masalah ini semestinya akan datang sekali dengan masalah suhu enjin yang naik mendadak berbanding suhu normal. Air tersebut masuk boleh berpunca dari gasket kepala silinder yang bocor atau ia sudah rosak menyebabkan air terlepas ke kebuk pembakaran. Senario paling teruk, air tersebut akan bercampur dengan minyak enjin dan anda boleh mengesannya setelah membuka penutup minyak enjin-minyak enjin anda akan berubah warna kepada warna seakan-akan teh tarik. Penyelesaiannya sudah tentu Top overhaul perlu dilakukan ke atas enjin tersebut.
No comments:
Post a Comment